Isnin, 2 Mei 2011

Wah...LISA SURIHANI & SHAHIEZY SAM..

SALAM semua....ni foto2-Lisa Surihani & Shahiezy Sam..

Comel kan dieorg..sorg cantik, sorang hemsem..suke2..


lisa dan sam


lisa dan sam


Isnin, 25 April 2011

My Weight Is Killing Me.

Untuk merialisasikan impian I..I terpakse bersenam dan berdiet uollss...I tak sanggup tengok badan I yang begitu comel ni uollss...semua dah tegur uollss....


"Ana kenape ko ni aku tengok makin hari makin menggajah"..


agak puaka kan ayat ko.sentap jap hati mak nyah. Takpe-takpe, hari ni hari kau, sok lusa kalau aku dah kurus kau lah lagi gajah dari aku..dulu mase sekolah-sekolah I comel je..berat pun 48kg-50kg je.. Habis form 5 I terus keje. Start I keje kt McD tu lah segalanya bermula.. Berat badan I naik maner tak nya hari-hari melantak kentang, beger,ayam goreng,coke siap bawak balik lagi. Dah macam ada bela hantu raya. Tup tup badan terus naik bagaikan dipam-pam. Malu siot time tu. Rase diri macam tak confident je..


Rasanya time tu ader lah berat I mencecah sampai 65kg. Seluar saiz 32. Pengsan mendegarnya. Hahaha dah mcm saiz jantan I punya saiz seluar.. Bermaharaja lela lemak-lemak I time tu uolss... x mungkin uolsssss...tu lah pasal..ni gara Mcd lah ni. Mencekik tak hingat dunia. 

now now.. Berat I dah tak macam dulu sangat lah..sekarang berat I 58kg, saiz seluar 29..I dah stop all the carbo food...more veggy..and a lots of execise uooll. my goal is 52 KG..amacam boleh?...my faveret jeans saiz 27 tu masih menunggu.. amacam gajah x. Memang boleh zip tapi punya lah azab. kalo pakai pun dah mcm Amy Searh pakai suar time 90an dulu.  Memang lah kene..Kene gelak..hahah..

i will not update bout the result every week..but i will post out my pic week n week...(konon-konon..walhal camera pun ko xde)

..hopefully dapat pakai Levi's saiz 27 I tu yang I beli 3 tah lepas..hopefuly...


Nota Kakitanganku = Diet mesti di teruskan...



Isnin, 14 Mac 2011

Blog I dah Chantik Sikit~~Yuhuu..

Berkat kesabaran sebagai seorang anak melayu sejati, I gigih tuk make over blog I sendiri. I mula2 pun tak tau nak wat blog ni. Tapi I tak malu untuk bertanya. I tanya Cik Mira  and dia yg ajar I serba sedikit tentang blog ni. Buat apa nak malu, bukannya kita pergi mandi longkang ke hape kan ko nak malu kan.

I seorang yang gigih.(wah gitew). Sanggup I pergi CC untuk make over blog I tau. Sebab line dia memang excellent berbanding line kat umah tu lembab macam siput babi. Gila punya lembab. Rasa mcm nak kaki-kaki kan je line tu. Ok lah Pasni I akan buat blog yg tercantik diabad ini. Huhu..Gila punya semangat macam Hang Tuah.. Hehe

Nota KakitanganKu = Usahalah dengan lebih gigih lagi. Pasti Comel..

Papai =)

Jumaat, 4 Mac 2011

Jumaat Yang Indah..

Hari ni hari jumaat, 4hb mac 2011 bersamaan 29 Rabiulawwal 1432..indah sungguh hari Jumaat ni kan. Penghulu segala hari(wah gitu mukadimah) Hari ni dah 3 bulan I jadi tunang kepada En.Tunang.(suke,,suke)..pejam,celik,pejam,celik rase macam sekejap je kan..Setakat ni syukur Alhamdulillah takde lagi dugaan yang besar melanda(wah melanda ni ayat) kami berdua..sikit-sikit tu ada lah..tipu no lah kalo tak ada dugaan dalam hidup ni kan. So far kami ok dah lebih selesa dalam ikatan ni. Takde lah orang nak umpat keji kami berdua kehulu-kehilir bersama kan. Orang yang jeles ke selalu keji. Benggong!!..dah..dah..jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat di sini.maceh.

I sayang U selamanya..

sekian..

Nota Kakitanganku : SAYANGLAH ORANG YANG SAYANGKAN KITA..

Khamis, 24 Februari 2011

(*_*) Awak...Janganlah Marah~~

Bagaimana Menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin

Sabar lah Duhai Hati..


Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.

Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.

Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.



Nota kakitanganku : sabar separuh dari iman..

Khamis, 17 Februari 2011

Tudung Oh Tudung

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni dah banyak sangat fesyen tudung yang dipakai wanita islam.. Tudung sekarang dah dijadikan 'trend' bukan lagi sebagai 'alat' menutup aurat... Pakai ikut hati.. Nampak lawa pakai, tak lawa terus free hair.. Erkk.. Jangan marah.. Ini fakta.. Tak caya pegi tengok kat luar sana..



1. Tudung ‘Mickey Mouse’ -

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher..




2. Tudung Lilit -

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki..






3. Tudung ‘See Through’ -

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap..




Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung..



4. Tudung Jambul -

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta..






5. Tudung ‘Singlet’ -

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.. Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam walaupon hanya untuk bersukan..




6. Tudung Saji -

Sekejap pakai, sekejap tidak.. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi..





wallahualam..



nota kakitanganku : hahahahaha......... macam-macam gelaran ada.....



Jom kita beli tudung kat bazar karat..huhu

byee..