Isnin, 3 Januari 2011

Tahun Baru, Azam Baru, Semangat Baru,

Happy New Year 2011 kawan-kawan, teman-teman, semara-mara,!!! Sambut tahun baru kat mana kali ni? I sambut kat rumah je, tak berapa rajin nak keluar.(sebenarnya memang malas pun nak keluar biler tiba time new year) ngeee~. Apa-apa pun tak kiralah korang sambut kat mana, I harap korang sentiasa sihat, aman sejahtera dan enjoyyy selalu. Jangan kau terlebih-lebih sambut pulak nanti jadi benda lain baru padan muka(opss terlebih sudah) huhu.

Sambut Tahun Baru Islam pun tak semeriah Tahun Baru ni kan? :P
Semoga kehadiran Tahun Baru 2011 ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua. Pengalaman sepanjang tahun 2010 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin dapat kita ulanginya lagi.

Orang cakap “Sejarah Mungkin Berulang” tapi adakah ianya sama seperti pertama kali ianya terjadi? Tak kan? Kenangan manis, kita kenang sampai bila-bila. Kenangan pahit, kegagalan-kegagalan yang berlaku sepanjang tahun 2010 kita anggap saja sebagai langkah-langkah yang perlu kita lalui untuk kehidupan yang lebih berjaya, InsyaAllah.. kejayaan pasti milik kita suatu hari nanti.

Bila sebut tahun baru je mesti orang akan tanya “Apa azam tahun baru kau?” Azam I tahun 2011 ni… nak MENDIRIKAN MASJID a.k.a BERUMAHTANGGA  atau kalau ada yang tak faham lagi, I  nak kawinnnnnnn!!. Harap-harap orang yang terlibat tu dapatlah merealisasikan azam dan impian I  ni ye. hehe.

Ke 2..I nak menurunkan berat badan I ni yang dah mcm tong drum..huhu..I nak kecikkan saiz pinggang ke saiz 27.. I nak pakai 2 he seluar LEVI'S saiz 27 yang tak pernah i pakai sejak I beli..huhu..kesian kan seluar tu terperuk je kat dalam almari tak tengok dunia luar..Tunggu eh sayang nanti I pakai U.

Yang Ke 3 pulak I nak simpan duit. Tak nak boros-boros lagi dah.. Beli ikot kemampuan je.. I dah tak kuasa lagi dah nak beli baju, kasut segala.. Baju yang dalam almari pun tak terpakai ni nak beli baju baru..(ceet kau ingat kau orang kaya, artis nak beli baju baru je. tak ada siapa lah nak tengok kau)


Apa pulak azam baru korang untuk tahun 2011 ni? Mesti dah ada azam masing-masing kan? Atau azam Tahun 2011 ni ialah nak memenuhi azam tahun-tahun lepas yang masih belum tercapai? Bolehlah kiranya berkongsi dengan I  apa azam korang. Bukan nak tiru cuma nak tahu. Jangan segan-segan nak bagitau ek. Tulis je dalam kotak komen kat bawah ni. Orait? hehe.. SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Harap-harap tercapai lah azam I  tahun ni… Amin! Amin! Amin! Korang pun doakan la ek. :D

P/S ~ Bukan gatal nak kawin. Dalam hati naluri kecik ni blom bersedia pun lagi, tapi demi untuk jangkamasa panjang dan pelbagai faktor lain, berkahwin adalah salah satu jalan penyelesian yang paling baik.





Ok..papai..(*_*)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan