Sabtu, 8 Januari 2011

GELANG MAGNET.. Baik Ke Atau Sebaliknya??

Ramai orang sekarang ni ghairah memakai gelang magnet kan. Even En.Tunang I pun pakai gelang magnet ni tau. Selain dari aksesori ia juga dikatakan dapat memperbaiki masalah kesihatan. Yang paling best ia dikatakan boleh membuatkan seseorang itu semakin bijak dan tidak mudah lupa. Wah gitu. Kalau betul I nak pakai 5 bole?
Nama saya GELANG MAGNET.. Saya POWER..

Tapi betul ke semua ni? Manfaat magnet sebenarnya memang dah lama di ketahui lagi, sejak 2000 tahun lalu. Ia di buktikan oleh seorang Cina dan India Kuno yang menyatakan tubuh manusia mempunyai magnet.

Hal ini diperkuatkan lagi menerusi catatan yang menyatakan angkasawan pertama mendarat di bumi dikatakan sukar berjalan dan mengalami gangguan tubuh kerana kurang tarikan magnet di bumi. Padahal mereka sudah di lengkapi dengan oksigen, air dan nutrisi yang cukup ketika ke luar angkasa.

Kata Dr. Erwin Kusuma, Sp.KJ(K)(betul ke aku tulis ni), seorang ahli terapi cara holisik dari Klinik Pro-V, pengaruh megnet ini membawa banyak kebaikkan kepada manusia cuma permakaiannya harus berhati-hati dan jangan pakai secara berteusan.

Katanya, magnet membuat metabolisma badan menjadi cepat sedangkan tubuh juga perlu berehat. kalau dipakai tanpa rehat, ia bakal merosakkan organ dalaman seseorang.


Korang fikir lah sendiri ye..


P/S : Nampak macho lah kalau lelaki pakai gelang megnet ni. I like..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan